Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintenden Fadzil Hashim berkata, kira-kira pukul 4.45 petang bapa mangsa, Mohd. Fadhlisham Che Me, 39, menerima panggilan daripada adik iparnya mengatakan bahawa anaknya itu tiada di rumah.


“Setelah pulang ke rumah, bapa mangsa percaya anaknya terjatuh ke dalam parit di sebelah rumah menyebabkannya melakukan pencarian di sepanjang parit itu yang dipenuhi air dan arus deras akibat hujan lebat.


“Kira-kira pukul 6.30 petang, bapa mangsa akhirnya menemukan jasad mangsa terapung di parit dalam kebun getah berhampiran,” katanya di sini hari ini.


Tambahnya kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.-UTUSAN ONLINE