Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, Nik Hafizuddin Nik Aziz dari Kampung Parit Raja Pontian, dilaporkan hilang selepas mandi di pantai berkenaan bersama rakan-rakan sekampungnya.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, sebaik sahaja menerima laporan, pihaknya melalui anggota dari Pondok Polis Pontian segera ke lokasi kejadian.

"Operasi mencari dan menyelamat digerakkan termasuk membabitkan beberapa agensi penyelamat lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE