Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi itu, Alaudin Ali, 45, Mohamad Ramlee Yusoff, 47, Mohamad Jaafar, 61, dan Mohamad Said, 60, diselamatkan sebuah bot nelayan selepas sejam berpaut pada bot yang terbalik itu.

Alaudian, yang juga Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan berkata, kesemua mereka terpaksa melawan ombak kuat dengan berenang dan sempat berpaut pada bot.

"Saya jerit meminta semua agar tidak melepaskan pegangan walaupun mereka  telah membuat keputusan untuk berenang. Saya larang kerana bimbang mereka akan lemas sebagaimana nasib empat nelayan Ogos lalu," katanya.

Menurutnya, nasib menyebelahi mereka setelah sebuah bot nelayan datang menyelamatkan setelah dimaklumkan berkenaan kejadian tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. - UTUSAN ONLINE