Timbalan Pengarah ( Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor, Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata, sehingga hari ini, operasi SAR masih diteruskan.

“Setakat hari keempat misi SAR ini, kita telah menemui 35 mangsa termasuklah 10 yang maut akibat lemas.

“Operasi mencari baki sembilan mangsa yang masih hilang akan diteruskan dengan kekuatan seramai 150 anggota,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Tengah malam 1 Julai lalu, sebuah bot pancung dinaiki 44 PATI bertolak dari Batam, Indonesia karam di perairan Tanjung Punggai, di sini. - UTUSAN ONLINE