Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Laksamana Muda Mohd. Zubil Mat Som berkata, pengusaha bot tersebut ialah Jafar Janidil, 61, manakala pembantunya dikenali sebagai Sah­lan Ashadan, 27.

Katanya, kejadian pada pukul 7 petang itu turut mengakibatkan dua anak Jafar melecur te­ruk di seluruh badan iaitu Mohd. Kamaruddin, 26, dan Mohd. Nasaruddin, 10, manakala seorang lagi mangsa, Azmain Nawali, 45, juga mengalami nasib sama.

“Ketika kejadian, bot tersebut yang bersauh di Kampung Padang, Pulau Banggi sedang memindahkan bahan api berkenaan apabila api tiba-tiba sahaja menyambar mangsa sebelum berlaku letupan kuat.

“Semasa kejadian bot berke­naan baru sampai dari Kudat ke Pulau Banggi untuk memindahkan petrol bagi kegunaan penduduk di situ. Ketika proses pemindahan, berlaku letupan menyebabkan ada mangsa yang maut manakala tiga lagi melecur teruk,” katanya dalam satu ke­nyataan di sini hari ini.

Katanya, Maritim Malaysia menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.03 petang dan menghantar dua buah bot iaitu Bot Pengawal 44 dan Bot Adal 04 ke lokasi bersama anggota untuk menyelamatkan kesemua mangsa.

“Kesemua mangsa yang cede­ra dihantar ke Hospital Kudat untuk menerima rawatan,” ujar­nya.