Mayat A. Tamil Selvam, 19, ditemukan pada jarak 20 meter dari lokasi bot gentian kaca yang dinaiki mereka karam ketika menangkap ikan di empangan berkenaan, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, bot dinaiki tiga mangsa termasuk seorang yang terselamat karam akibat dipukul ombak ketika mahu memasang jaring di lokasi kejadian.

Mangsa yang selamat, C. Dava Rajan, 16, sempat berenang ke tebing, manakala dua rakannya termasuk seorang daripadanya memiliki lesen menangkap ikan di empangan berkenaan tidak sempat menyelamatkan diri. - UTUSAN ONLINE