Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, bot berkenaan dalam perjalanan dari Kalabakan menuju ke Nunukan, Indonesia.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, pihaknya menerima panggilan pukul 12.16 tengah hari dan menggerakkan pasukan penyelamat ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera.

"Maklumat awal daripada pemanggil menyatakan seramai tujuh orang terlibat dan lima daripadanya terselamat manakala dua mangsa iaitu masing-masing seorang lelaki dan wanit dipercayai lemas.

"Operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan dari jeti sungai Kalabakan menggunakan bot dan mengambil masa kira-kira sejam untuk sampai ke lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.

Tambah jurucakap itu, operasi permukaan air turut dilakukan bagi mengesan mangsa yang masih belum ditemukan.

"Opersi dihentikan pada pukul 7 malam dan ditangguh esok," kata jurucakap itu. - UTUSAN ONLINE