Timbalan Pengarah ( Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata, kesemua mayat yang ditemuikan akan dibawa ke Jeti Marina, Pengerang.

“Misi SAR yang diteruskan hari ini menemui lima mayat dipercayai mangsa bot pancung yang karam di perairan Tanjung Punggai, di sini.

“Penemuan lima mangsa itu menjadikan keseluruhan mayat ditemui seramai tujuh orang setakat ini dengan misi SAR diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Isnin lalu, bot pancung dinaiki 44 PATI dari Batam, Indonesia dipercayai karam selepas dipukul ombak selain muatan yang penuh. - UTUSAN ONLINE