Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksmana Muda Maritim Mohd. Zubil Mat Som berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kesemua mangsa telah digerakkan bermula pukul 6.50 pagi ini.

Katanya, aset terlibat adalah kapal KM Berani milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan aset milik pasukan polis.

“Bot pancing bernama Ocean Camara itu dilaporkan keluar ke laut dari jeti Kampug Serusup, Tuaran pada pukul 12.30 tengah hari semalam sebelum mengalami kerosakkan.

“SAR sedang berjalan ketika ini dalam keadaan langit yang cerah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE