Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Tiong Ling Hii berkata, mangsa pertama, Pau Chiong Huat, 18, ditemukan pada pukul 10.33 pagi kira-kira 15 meter dari lokasi dilaporkan hilang lewat petang semalam.


“Mangsa kedua pula, James Tiong Kiong Hoe, 12, ditemukan kira-kira pukul 11.42 pagi di lokasi sama.


“Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Sibu untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. 


Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah ditamatkan pada pukul 12 tengah hari tadi.- UTUSAN ONLINE