Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata,  penghuni rumah tersebut menyedari kehadiran ular itu yang berada di bawah almari yang diletakkan di luar rumah.

"Penghuni rumah itu yang dalam ketakutan segera menghubungi bomba bagi meminta bantuan menangkap ular berkenaan.

"Ular itu ditangkap menggunakan pencerut ular dan dilepaskan ke kawasan lain," katanya kepada UTUSAN ONLINE di sini hari ini.

"Operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 2.40 petang," ujarnya. - UTUSAN ONLINE