Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Ahmad Nazran Omar berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu pukul 12.41 tengah hari sebelum dua jentera dan sebuah Unit Kecemasan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan (ERMS) bersama 14 anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Mangsa dipercayai cuba membunuh diri dengan duduk di atas tembok koridor dalam keadaan kaki terkeluar di tingkat 11, Blok Nuri di flat berkenaan.

“Mangsa kemudiannya berjaya ditarik dari arah belakang. Mangsa dipujuk dan ditenangkan oleh dua pegawai bomba wanita sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE