Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.27 petang dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba, kita mendapati beberapa kereta terperangkap akibat paras air di sepanjang laluan dari Petronas, Sungai Bakau sehingga pusat beli belah AEON Rawang terlalu tinggi.

“Seramai 16 pengguna jalan raya diarahkan memakai jaket keselamatan dan berjalan kaki untuk keluar dari kawasan banjir,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE