Pegawai Bomba Zon Samarahan, Rudy Fredzex Parijik berkata, mereka bertindak mengepam air di kawasan lot rumah-rumah di kampung itu untuk mengurangkan air yang masih bertakung ketika ini.

“Sebanyak 25 rumah dinaiki air yang mana satu kawasan lot rumah itu dijangka mengambil masa 10 jam jika menggunakan satu alat pengepam.

“Selepas ini, sebuah lagi alat pengepam dibawa dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan difahamkan beberapa lagi daripada jabatan serta agensi lain turut membantu” katanya ketika ditemui di sini.

Seramai 108 penduduk daripada 24 keluarga di kampung itu ditempatkan di pusat pemindahan banjir hari ini. - UTUSAN ONLINE