Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya bergegas ke lokasi kejadian apabila menerima maklumat pada pukul 4.51 pagi.

“Setibanya di lokasi empat minit kemudian, didapati sebuah kereta jenis Proton Iswara telah terbakar.

“Pasukan bomba bertindak membentangkan dua aliran salur bantu mula untuk membuat pemadaman api,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, api kemudian berjaya dipadamkan dan pembersihan sisa kebakaran dibuat sebelum kembali ke balai pada pukul 5.13 petang.

“Kebakaran itu juga tidak melibatkan kecederaan dan kematian,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE