Pengarah JBPM negeri yang baharu, Datuk Yahaya Madis berkata, jumlah itu merangkumi kesemua pegawai tetap, pegawai bomba bantuan dan bomba sukarela. 

"Bomba sentiasa bersedia untuk menghadapi pelbagai jenis bencana dan ini termasuklah persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh. 

"Selain memastikan kesemua pegawai dan anggota dalam keadaan siap siaga, kami juga memastikan kesemua 63 bot penyelamat dan 148 kenderaan utiliti dalam keadaan baik," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Tabik Hormat Pengarah JBPM negeri yang baharu di Ibu pejabat JBPM negeri, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE