Bomba
ANGGOTA bomba menggunakan tangga untuk membawa turun seorang lelaki yang pitam di atas pokok kelapa di Perumahan Awam Kampung Makmur di Pasir Salak  hari ini. - UTUSAN ONLINE/GAMBAR IHSAN BOMBA

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, Harina Wahab berkata, lima anggota dan seorang pegawai ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 6 petang.

Katanya, sebaik sahaja tiba didapati seorang lelaki berada di atas pokok kelapa dan saksi memberitahu lelaki berusia 25 tahun itu mengalami  pitam.

"Anggota bomba menggunakan peralatan penyelamat untuk membawa mangsa turun.

"Mangsa yang ketika itu dalam keadaan separuh sedar dibawa menaiki jentera penyelamat dan paramedik (EMRS) ke hospital untuk mendapatkan rawatan,," katanya. - UTUSAN ONLINE