Nasuma Biyor, 24, yang sa­rat sembilan bulan terpaksa menggunakan khidmat helikopter itu kerana jalan darat yang rosak akibat hujan sejak dua hari lalu.

Pegawai Perhubungan Awam Pangkalan Udara JBPM Subang, Se­langor, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Farhan Marzuki berkata, pihaknya menerima laporan da­ripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mengenai keadaan Nasuma pagi ini.

“Penerbangan tersebut dilak­sanakan pada pukul 2.35 petang serta mengambil masa 50 minit untuk sampai ke Kampung Dakoh bagi mengambil pesakit.

“Pada pukul 3.35 petang, pe­sakit ditemani ibunya berjaya mendarat di pekarangan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Mu­sang dan terus dikejarkan ke hospital dengan ambulans.

“Penerbangan tersebut diken­dalikan oleh juruterbang, Kapten Leong Cheong Meng bersama pembantunya, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohamad Muizz Md. Pisar,” katanya.

Tambah Mohd. Farhan, pesakit tersebut dijangka bersalin pada minggu depan, namun pada pukul 7 pagi ini air ketubannya telah pecah dan keluar darah menyebabkan pesakit menjadi lemah serta hilang selera makan.

“Jalan darat yang rosak me­nyebabkan pesakit tidak boleh dihantar dengan menggunakan ken­deraan pacuan empat roda,” katanya.

Menurutnya, bagaimapun Na­su­­ma yang ditempatkan di wad sehingga petang ini dilaporkan masih belum bersalin.