BOMBA
 

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, pihak sekolah terpaksa menghubungi bomba untuk membantu memindahkan murid-murid di sekolah berkenaan, ekoran ibu bapa bimbang anak-anak mereka terperangkap kerana jalan ke sekolah telah dinaiki air.

Katanya, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Miri telah dihantar ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi pemindahan setelah menerima panggilan pada pukul 10 pagi.

“Pihak sekolah terpaksa menamatkan sesi persekolahan pada pukul 11 pagi, memandangkan paras air mula naik dan hujan berterusan,” katanya ketika dihubungi di sini petang ini.

Beliau berkata, pasukan bomba berjaya memindahkan semua murid tanpa berlaku insiden tidak diingini telah dan seterusnya membuat pemantauan lanjut di kawasan berkenaan. - UTUSAN ONLINE