Lelaki berusia 26 tahun yang dilaporkan seberat 140 kilogram itu dipercayai mengalami kecederaan pada kaki kanannya ketika sedang menuruni puncak kedua bukit terbabit.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 9.40 pagi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih tiba tidak lama kemudian.

“Anggota bomba membawa turun mangsa, N. Lingeswarran menggunakan pengusung sehingga ke kaki bukit seterusnya mangsa dihantar ke Hospital Kajang dengan menaiki ambulans Klinik Kesihatan Semenyih,” katanya dalam satu kenyataan di sini. - UTUSAN ONLINE