Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima maklumat kejadian tersebut pada pukul 8.50 pagi tadi.

Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng digerakkan dengan lapan anggota diketuai Jimmy Suhaili.

“Setibanya di lokasi kejadian, komander operasi mengesahkan mangsa yang bertugas sebagai pengisar daging di bahagian dapur dengan jarinya tersepit dalam mesin itu.

“Pasukan bomba berusaha dan berjaya membuka dan meleraikan beberapa bahagian mesin namun usaha untuk mengeluarkan jari mangsa masih sukar,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, mangsa kemudian dirujuk terus ke unit kecemasan untuk tindakan pihak hospital.

“Operasi ditamatkan pada pukul 9.30 pagi tadi,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE