Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor Raja Arisansahseni Raja Semail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.30 petang oleh pihak Hospital Tumpat.

Menurutnya, empat anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) diketuai Anuar Hassan bergegas ke Hospital Tumpat bagi membantu mengeluarkan mata kail yang tersangkut pada tangan mangsa.

“Kita mengambil masa selama 15 minit untuk memotong mata kail dengan menggunakan alat ‘Ring’ dan ‘Disc Cutter’.

“Sebaik sahaja selesai, mangsa dirujuk untuk proses pembedahan oleh pihak hospital bagi menggeluarkan baki mata kail yang masih terdapat di tangan,” katanya.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut masih dirawat di Hospital Tumpat dan berada dalam keadaan stabil. - UTUSAN ONLINE