Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.15 petang itu dipercayai berpunca daripada sistem pemadam api (CO2) dalam bilik berkenaan tidak berfungsi sekaligus menyebabkan asap tebal.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.28 petang.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Titiwangsa dan KLCC telah dikerah ke lokasi untuk mengawal keadaan.

“Sebanyak 19 anggota terlibat dan berjaya mengawal api daripada merebak ke bahagian utama bangunan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE