Kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu berlaku di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Keng Koon, Bukit Tambun di sini namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 6.30 pagi dan mendapati api sedang marak sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian.

"Bagaimanapun api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 7.30 pagi namun bilik guru besar hampir musnah keseluruhannya.

"Kerja-kerja memadam kebakaran turut dibantu pasukan bomba dan penyelamat simpanan terdekat," katanya. - UTUSAN ONLINE