Menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihak bomba menerima panggilan kira-kira pukul 8.58 pagi dan sebanyak 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang dan BBP Gombak dikejarkan ke lokasi kejadian.


“Sebaik sahaja tiba, kita mendapati sebuah bilik dalam rumah di tingkat lima di PPR tersebut telah terbakar 60 peratus.


“Operasi memadam api dilakukan dan kebakaran berjaya dikawal pada pukul 9.22 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Tambahnya, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.- UTUSAN ONLINE