Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, daerah ini mencatatkan sebanyak 254 buah keluarga diikuti Padang Besar (170 buah keluarga) dan Arau (83 buah keluarga).

Kata kenyataan itu, pusat Pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bintong mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 115 buah keluarga diikuti SK Panggau (65 buah keluarga); SK Batu Bertangkup (44 buah keluarga) dan SK Hwa Aik (38 buah keluarga).

“Sungai Jarum pada masa kini mencatatkan bacaan berbahaya iaitu 33.63 meter manakala Sungai Bakau, amaran dengan bacaan 3.37 meter.

“Kebanyakan rumah di kawasan rendah telah dimasuki air dan kesemua mangsa telah berpindah ke pusat-pusat pemindahan. Antaranya di Tebing Tinggi dan Wang Besar, majoriti rumah telah dimsuki air,” kata kenyataan itu lagi.

Semalam, seramai 1,008 orang daripada 277 buah keluarga telah berpindah ke pusat-pusat pemindahan berikutan rumah mereka dinaiki air. - UTUSAN ONLINE