Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa Nur Ain Aryanie Zamry,9, dipercayai baru pulang dari sekolah berjalan bersama dua rakannya.

Mangsa kemudian singgah di kawasan beruk berkenaan dan bermain di lokasi berhampiran sebelum diserang beruk yang ditambat dihadapan rumah pemiliknya.

Secara tiba-tiba haiwan berkenaan menyerang dan mencakar dahi mangsa sebelum diselamatkan rakannya dengan menggunakan sebatang kayu.

Nur Ain Aryanie kemudian dibawa ibunya ke Hospital Tanah Merah untuk menerima rawatan dan hanya ditahan sebagai pesakit luar. – UTUSAN ONLINE