Kejadian kira-kira pukul 8.50 malam itu berlaku ketika mangsa mangsa Mohd. Zaini Mohamad, 47, sedang mandi di dalam bilik air yang terletak di luar rumah tersebut.

Mohd. Zaini berkata, ketika sedang mandi dia dikejutkan dengan lampu bilik air terpadam secara tiba-tiba dan terus memakai tuala untuk keluar melihat keadaan sebenar.

“Sebaik sahaja membuka pintu saya lihat api sudah marak membakar rumah dari arah ruang tamu.

“Tanpa berlengah saya berlari sekuat hati untuk menyelamatkan diri kerana api marak dengan cepat,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, El Taraff Mohd Zachariah berkata, seramai 16 anggota dari Balai Bomba Pasir Mas dan Tunjung telah bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, ketika sampai di tempat kejadian rumah tersebut sudah 90 peratus hangus. - UTUSAN ONLINE