Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 1.10 petang dan setibanya ke lokasi kejadian mendapati api sedang marak dengan asap tebal di bengkel tersebut yang berada di tingkat bawah bangunan tiga tingkat kelas A.

“Kereta Proton Wira yang berada di dalam bengkel tersebut turut terbakar 100 peratus manakala sebuah lagi kereta jenis Honda City yang berada di hadapan kedai terbakar 10 peratus di bahagian hadapan.

“Pasukan bomba bertindak membuat pemadaman di bahagian hadapan dan belakang kedai tersebut bagi mengelak mereka ke bangunan lain,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE