Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, kebakaran pada pukul 6 petang itu memusnahkan kira-kira 30 peratus struktur premis berkenaan.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.23 petang dan menggerakkan dua jentera pemadam serta sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi.

“Seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang dan Sri Hartamas tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian,” katanya.

Menurutnya, kebakaran tersebut membabitkan rumah kedai dua tingkat berkeluasan 18.5 meter persegi.

“Kebakaran hanya melibatkan bahagian bawah premis yang menjadi bengkel kenderaan.

“Tiada kemalangan jiwa berlaku dan siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran. Jumlah kerugian masih dalam disiasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini. - UTUSAN ONLINE