Keadaan itu menyebabkan pemilik premis mencuci kenderaan tidak menang tangan dan meminta pelanggan perlu menunggu antara empat hari hingga dua minggu untuk mengambil semula kereta mereka.

Pekerja di kedai mencuci kenderaan di Georgetown di sini, Jana Heng, 25 berkata, sejak semalam, dia bersama tujuh pekerja lain menerima sekurang-kurangnya 40 buah kereta untuk dibasuh dan keadaan itu menyebabkan mereka perlu bekerja lebih masa.

“Pelanggan tetap menghantar kenderaan mereka walaupun kosnya mahal iaitu antara RM350 hinggga RM650 untuk sebuah kereta,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, penunda kereta, Muhammad Asraf Shahbudin, 28, berkata, dia menunda sekurang-kurangnya 50 kereta yang rosak dilanda banjir ke pusat servis setiap hari antara pukul 8 pagi hingga 10 malam. - UTUSAN ONLINE