Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 6.07 pagi dan sebanyak 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Pandan Indah dan Serdang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Selain kontena, turut musnah dalam kebakaran tersebut ialah sebuah kereta Perodua Kancil dan sebuah motosikal.

“Operasi pemadaman selesai dengan menggunakan satu aliran air tangki pam jentera,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan. - UTUSAN ONLINE