Mangsa, Prof Madya Dr. Amran Awang, 61, ditemukan pada pukul 4.30 petang oleh anggota pasukan penyelamat selepas gerakan mencari dan menyelamat (SAR) kembali disambung awal pukul 8 pagi tadi.

Allahyarham dipercayai hilang sekitar pukul 12 tengah hari semalam ketika keluar untuk memancing menggunakan bot yang baru dibeli tiga hari lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Asisten Superintenden, Mohd. Shamsuri Mohd. Zain berkata, sejurus ditemukan mayat mangsa dihantar ke Hospital Machang untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, seramai 38 anggota membabitkan pelbagai agensi termasuk polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah digerakkan untuk operasi SAR.

"Selain itu, SAR turut dibantu oleh penduduk kampung," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE