Dalam kejadian pukul 5.05 petang itu, Jamaludin Basri, 56, dan anaknya, Hanis Syahirah, 19, maut di tempat kejadian.


Isteri mangsa, Rozita Manan, 50, cedera di muka dan kepala manakala dua anaknya yang duduk di kerusi penumpang belakang, Hanis Humaira, 12, serta Hanis Nazira, 17, masing-masing mengalami kecederaan parah di kepala.


Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azly Mohd. Noor berkata, kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan iaitu Perodua Alza yang dinaiki Jamaludin sekeluarga, Proton Ezora dan sebuah lori tangki. - UTUSAN ONLINE