Tinjauan mendapati laluan utama Kuala Ping ke Sungai Tong dinaiki air kira-kira 0.5 meter sepanjang 200 meter namun masih boleh di lalui oleh kenderaan ringan.

Laluan Felda Mengkawang ke Lubuk Periuk pula ditutup kepada semua kenderaan apabila dinaiki air sedalam kira-kira 1.6 meter sepanjang 300 meter.

Air di dua batang sungai makin meningkat namun belum ada mangsa yang terpaksa berpindah. - UTUSAN ONLINE