Difahamkan, Dhiya Az-Zahra Mohd. Azhrim yang duduk di kerusi keselamatan kanak-kanak di bahagian belakang kereta jenis Perodua Myvi itu hanya cedera ringan.

Kemalangan kira-kira pukul 10 pagi itu juga mengakibatkan ibu bayi berusia 31 tahun parah manakala ibu saudara dan bapanya hanya cedera ringan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Yusli Abd. Latif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 10.18 pagi.

Katanya, anggota bomba membantu mengeluarkan kesemua mangsa yang cedera dan mereka dihantar ke Hospital Slim River bagi rawatan lanjut.

KEADAAN kereta Perodua Myvi dinaiki empat sekeluarga termasuk seorang bayi perempuan lima bulan yang

KEADAAN kereta Perodua Myvi dinaiki empat sekeluarga termasuk seorang bayi perempuan lima bulan yang terbabas di Kilometer 380, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di Tanjung Malim hari ini. - UTUSAN ONLINE/ IHSAN BOMBA

“Bayi tersebut mengalami kecederaan di telinga dan kepala dipercayai terkena serpihan kaca kereta yang pecah.

“Ibu bayi itu yang duduk di bahagian penumpang hadapan parah manakala bapa yang memandu kenderaan dan ibu saudaranya hanya cedera ringan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kereta dinaiki mangsa terbabas sendiri dan belum menerima laporan kemalangan itu. - UTUSAN ONLINE