Kemalangan pada pukul 9 malam semalam menyebabkan Nur Raisya Azzahra Muhd. Azlizan Shah meninggal dunia pada pukul 1.30 pagi tadi ketika dirawat di Hospital Seri Manjung di sini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, kemalangan berlaku di persimpangan lampu isyarat Sungai Wangi.

“Kemalangan berlaku apabila kereta dipandu ibu mangsa tidak sempat mengelak kereta jenis Isuzu yang datang dari arah Lumut.

“Kenderaan pacuan empat roda itu melanggar lampu isyarat merah untuk membelok ke kanan,” katanya hari ini.

Menurutnya, polis sedang mengesan pemandu kenderaan pacuan empat roda tersebut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan. - UTUSAN ONLINE