Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintenden Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan bayi tersebut daripada seorang lelaki pada pukul 4.13 pagi.

“Semasa dijumpai, terdapat kesan cedera di kaki dan lutut bayi dipercayai digigit anjing. Bayi tersebut telah dihantar ke Hospital Serdang dan ditempatkan di wad NICU untuk rawatan. 

“Bayi yang dipercayai berusia beberapa hari itu dalam keadaan stabil. Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Rosdi meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung penemuan itu agar menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang dengan kadar segera bagi membantu siasatan.-UTUSAN ONLINE