Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 6.15 pagi. 

“Balai Polis Mambau terima maklumat mengenai kematian seorang bayi lelaki daripada ayah mangsa berumur 29 tahun pada pukul 7.30 petang.

“Menurut ayah mangsa, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di sisi ibunya di rumah mereka,” katanya di sini hari ini.

Hock Poh berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini oleh ayahnya dan disahkan telah meninggal dunia.

Katanya, siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - UTUSAN ONLINE