Kejadian yang dialami bayi perempuan itu hanya disedari bapa mangsa kira-kira pukul 3.15 petang.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pasangan suami isteri yang bekerja di Hospital Shah Alam di sini menghantar anak kedua mereka kepada pengasuh pada waktu pagi.

“Bagaimanapun, sewaktu mengambil anaknya, bayi terbabit menangis. Khuatir dengan keadaan anaknya, bapa bayi tersebut membuat pemeriksaan di hospital dan mendapati bahagian peha kiri anak mereka retak.

“Setakat ini, kita sedang menjalankan siasatan dan akan memanggil pengasuh tersebut. Malah, difahamkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah pergi ke rumah pengasuh terbabit untuk membuat siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (c) Akta Kanak-kanak 2001.-UTUSAN ONLINE