Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bayi 3 bulan maut, kereta jatuh gaung

KERETA Toyota Vios  dinaiki Muhammad Hadif Hilmifarizal terjatuh 2
KERETA Toyota Vios dinaiki Muhammad Hadif Hilmifarizal terjatuh ke gaung sedalam 300 meter yang mengorbankan bayi berusia tiga bulan itu di Kilometer 24.14 Lebuh Raya Timur Barat Jeli-Gerik dekat Jeli,Kelantan, kelmarin. IHSAN BOMBA

JELI 6 Sept. – Kegembiraan sebuah keluarga yang dalam per­jalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kedah bertukar duka apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung sehingga mengorbankan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang di Kilometer 24.14 Jalan Raya Timur Barat Jeli- Gerik itu, kenderaan jenis Toyota Vios yang dinaiki empat beranak tersebut dikatakan terjunam ke dalam gaung sedalam 300 meter di kawasan berkenaan.

Mangsa, Muhammad Hadif Hilmifarizal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala ayahnya, Hilmifarizal Saad, 31; ibunya, Nur Fariza Zainol, 31, dan kakaknya, Hani Zhafira, 2, parah.

Mereka yang terselamat kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tanah Merah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohamad Shahril Mohamad Sa'aid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 6.44 petang.

“Operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa bermula pada pukul 7.30 malam dan berakhir pada pukul 11.26 malam dengan kerjasama anggota dari balai Gerik, Perak.

“Pihak bomba berjaya mengeluarkan kesemua mangsa secara berperingkat. Tiga mangsa didapati parah manakala bayi lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipercayai tercampak ke bahagian depan kereta,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Mohd. Yusoff Jaafar berkata, ketika kejadian, mangsa berada di bahagian tempat duduk belakang kenderaan bersama ibunya.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu Hilmifarizal telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam gaung.

“Akibat kemalangan tersebut, Muhammad Hadif maut di tempat kejadian manakala ibu bayi tersebut mengalami luka di bahagian muka. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Dalam pada itu, nenek mang­sa, Faridah Che Mat, 51, berkata, mereka sekeluarga reda dengan kejadian yang menimpa cucu keempatnya.

“Saya memang rapat dengan Muhammad Hadif kerana saya yang menjaganya dan Nur Fariza semasa berpantang di rumah di Kampung Ayer Hitam, Alor Setar, Kedah,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain