Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Menurut kenyataan Rapid KL, tindakan kapten bas Rapid KL laluan 772 Pasar Seni- Mah Sing mengendalikan situasi cemas itu wajar dipuji memandangkan terdapat tujuh penumpang di dalam bas tersebut.

“Kapten bas telah terdengar bunyi pelik di bahagian belakang bas.

“Secara kebetulan terdapat sebuah kereta peronda polis yang mengekori dari belakang bas telah membunyikan siren dan kapten memberhentikan bas di tepi jalan serta mengarahkan penumpang turun dari bas,” kata kenyataan itu hari ini. -UTUSAN ONLINE