Menurut seorang saksi, Jamaluddin Hussin, 43, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12.40 tengah hari yang mana bas tersebut difahamkan diguna untuk membawa para pemain bola sepak yang menyertai pertandingan bola sepak di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, dekat sini.  

“Bas tiba-tiba berhenti semasa saya sedang mengekori bahagian belakang bas tersebut. Asap keluar berkepul-kepul dari bahagian belakang bas, tidak sampai 10 minit pihak bomba sampai, “katanya.

Tinjauan wartawan Utusan Malaysia mendapati, kebakaran berjaya dipadam di dalam masa 10 minit dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. 

Semasa kejadian, tiada penumpang di dalam bas berkenaan. - UTUSAN ONLINE