Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Jaafar Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 9.47 pagi.

“Sejurus menerima panggilan kecemasan itu, sebuah jentera dengan empat anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Maklumat awal yang diterima bas ekspres yang dinaiki 47 penumpang terbabas sebelum terbalik dengan dua daripadanya mengalami cedera manakala 45 yang lain selamat,” katanya. - UTUSAN ONLINE