Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, bas ekspres ber­kenaan pada mulanya mengalami kerosakan sebelum pemandunya, Kanusi Mohd. Yusoff, 47, berhenti di lorong kecemasan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, semasa kejadian bas ekspres berkenaan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru.

“Sebaik sahaja berhenti di laluan kecemasan dengan tiba-tiba sahaja bas berkenaan terbakar di bahagian belakangnya sebelum api marak ke bahagian hadapan.

“Semua penumpang yang seramai 35 orang termasuk pemandu sempat keluar menyelamatkan diri dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, ketika kejadian keada­an cuaca baik begitu juga keadaan jalan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

“Kes berkenaan telah meng­akibatkan kesesakan jalan menghala ke selatan dan ianya disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor dalam satu kenyataan memberitahu, empat anggota Balai Bomba Yong Peng dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut kenyataan itu lagi, operasi memadam kebakaran tamat pukul 1.06 petang sementara

punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan.