Dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan itu yang berlaku kira-kira pukul 2.15 pagi, pemandu bas ekspres berkenaan berusia lingkungan 50-an yang ketika itu dalam perjalanan dari Hatyai, Thailand menuju Singapura turut mengalami kecederaan.

SUASANA di lokasi kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan termasuk sebuah bas ekspres yang mengaki

SUASANA di lokasi kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan termasuk sebuah bas ekspres yang mengakibatkan 13 penumpang bas dan pemandu kenderaan berkenaan mengalami kecederaan di Kilometer 195, Lebuh Raya Utara-Selatan, berdekatan susur keluar Plaza Tol Ayer Keroh di Melaka, awal pagi ini. - UTUSAN ONLINE/Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Asisten Superintenden K. Mahadevan berkata, sebanyak 11 mangsa dimasukkan ke Hospital Jasin manakala tiga yang lain dikejarkan ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan.

Beliau berkata, kesemua mangsa berusia antara 27 hingga 61 tahun masing-masing sembilan warga Singapura, dua Thailand dan tiga rakyat tempatan.

"Kemalangan berlaku apabila sebuah lori dedak tanpa muatan gagal mengelak lori di hadapan yang sedang bergerak perlahan memasuki lorong paling kanan.

SUASANA di lokasi kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan termasuk sebuah bas ekspres yang mengaki

SUASANA di lokasi kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan termasuk sebuah bas ekspres yang mengakibatkan 13 penumpang bas dan pemandu kenderaan berkenaan mengalami kecederaan di Kilometer 195, Lebuh Raya Utara-Selatan, berdekatan susur keluar Plaza Tol Ayer Keroh di Melaka, awal pagi ini. - UTUSAN ONLINE/Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

"Lori dedak tersebut kemudian merempuh bahagian belakang lori itu dan selang lima minit kemudian, datang sebuah bas ekspres yang gagal mengelak kemalangan itu lalu merempuh lori tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mahadevan, dua penumpang bas yang cedera parah adalah seorang wanita tempatan yang patah kaki manakala seorang lagi dimasukkan ke zon merah Hospital Melaka.

SUASANA di lokasi kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan termasuk sebuah bas ekspres yang mengaki

SUASANA di lokasi kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan termasuk sebuah bas ekspres yang mengakibatkan 13 penumpang bas dan pemandu kenderaan berkenaan mengalami kecederaan di Kilometer 195, Lebuh Raya Utara-Selatan, berdekatan susur keluar Plaza Tol Ayer Keroh di Melaka, awal pagi ini. - UTUSAN ONLINE/Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Beliau berkata, pemandu dua buah lori terlibat tidak mengalami kecederaan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE