Mayat Mohd. Afizul Norizan, 12, ditemukan oleh ayahnya kira-kira pukul 7.10 pagi, kira-kira jarak 500 meter daripada lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam satu kenyataan berkata, ayah mangsa mengesan mayat anaknya yang timbul semasa cuba memanjat pokok berhampiran.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mangsa dikatakan pergi ke kawasan rekreasi tanah bencah itu bersama tiga rakan lain.

Operasi mencari dan menyelamatkan digerakkan dengan kekuatan 50 anggota daripada pelbagai agensi termasuk APM, polis, bomba, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Unit Amal Pas di samping nelayan dan orang kampung. - UTUSAN ONLINE