Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Muazzam Mohamed dalam satu kenyataan berkata, sebahagian sumbangan itu merupakan hasil kutipan khas daripada jemaah solat Jumaat di Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy (Swadd) yang terletak di Menara Bank Islam yang berjumlah RM34,304.

Menurut beliau, sebahagian lagi sumbangan itu adalah daripada dana zakat Bank Islam sendiri.

“Kami di Bank Islam amat terkesan dengan tragedi yang menimpa umat Islam dan penduduk-penduduk di Palu, Sulawesi Tengah dan sebagai sebuah institusi kewangan Islam dan merasa terpanggil untuk menghulurkan bantuan kepada mereka.

“Diharap sumbangan ini memberi sedikit kelegaan kepada umat Islam dan penduduk Palu serta dapat meringankan beban yang mereka tanggung berikutan tragedi yang dahsyat ini”, katanya di sini.

Tambah beliau lagi, pihaknya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jemaah yang telah menghulurkan sumbangan tersebut termasuk Jawatankuasa Zakat dan Kebajikan Bank Islam atas keprihatinan terhadap mangsa tragedi ini.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Mohd. Muazzam kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd. Ajib Ismail dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Menara Bank Islam. - UTUSAN ONLINE