Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Mejar Mohd. Rohaidi Halim berkata, banjir berlaku selepas hujan lebat melanda kampung itu dari pukul 5 petang hingga 8 malam semalam.

"Ini menyebabkan air Sungai Teriang berhampiran kampung itu melimpah dan keluarga terbabit dipindahkan sementara di Dewan Orang Ramai Kampung Juntai bermula pukul 3.45 pagi," katanya, di sini hari ini.

Ujarnya, mangsa terdiri daripada 13 lelaki dan 12 perempuan dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan.

Beliau memberitahu, sehingga pukul 4.30 petang ini, kesemua mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara. - UTUSAN ONLINE