Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Banjir: Temerloh kembali pulih

Semua pusat pemindahan ditutup

Banjir Temerloh
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu memindahkan mangsa banjir di Kuala Krau dan Temerloh, Pahang semalam. - UTUSAN ONLINE

KUANTAN 10 Mei - Banjir di daerah Temerloh yang melanda sejak petang semalam berikutan hujan tanpa henti bermula tengah malam Isnin lepas, kembali pulih lewat petang ini dengan pusat pemindahan terakhir di Surau Sok Mek, Lanchang ditutup pukul 5 petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Zainal Yusoff berkata, kesemua 21 mangsa daripada empat keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan itu sebelum ini, telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah banjir surut.

"Keadaan air di Kuala Gandah, Lanchang juga dilaporkan semakin surut, namun pemantauan tetap dilakukan dari semasa ke semasa berikutan beberapa kawasan masih hujan," katanya.

Selain Surau Sok Mek, dua lagi pusat pemindahan banjir yang ditutup tengah hari tadi adalah Surau Kampung Penderas dan Dewan Orang Ramai Kampung Pasu. - BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain